More

    OPPO bakal ikut Apple? Telefon baharu dikesan guna kamera swafoto 100MP 1:1

    Selepas Apple memperkenalkan sistem sensor kamera hadapan berbentuk empat segi (nisbah aspek 1:1) pada siri iPhone 17, kini dunia Android dilaporkan sedang menuju ke arah yang sama. Pada iPhone 17, Apple memperkenalkan fungsi yang dikenali sebagai Center Stage yang menggunakan sensor kamera depan berbentuk segi empat sama untuk membolehkan rakaman dalam mod menegak dan mendatar tanpa perlu memusingkan peranti.

    Teknologi ini direka untuk memastikan subjek sentiasa berada di tengah bingkai secara automatik. Kini, laporan terbaharu menunjukkan beberapa pengeluar Android sedang menilai penggunaan teknologi yang sama. Menurut sumber, OPPO menjadi salah satu pengeluar telefon pintar sedang menguji sensor kamera depan 100MP dengan nisbah 1:1 berbentuk segi empat sama.

    Sebelum ini, sumber sama turut mendakwa bahawa OPPO dan HUAWEI sedang memerhati perkembangan teknologi sensor 1:1 tersebut untuk kegunaan kamera depan generasi akan datang. Kelebihan utama sensor ini ialah fleksibiliti. Tidak seperti kamera swafoto tradisional yang lebih dioptimumkan untuk mod menegak, sensor 1:1 membolehkan pengguna merakam gambar atau video dalam pelbagai orientasi tanpa kehilangan kawasan imej penting.

    Teknologi ini juga dijangka akan digabungkan dengan ciri AI seperti auto subject centering, sudut pandangan lebih luas serta peningkatan kualiti untuk penggilan video, strim langsung dan kandungan media sosial. Menariknya, OPPO menggunakan sensor 100MP yang sangat tinggi berbanding Apple yang menggunakan sensor 24MP untuk iPhone 17.

    Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada OPPO mengenai teknologi tersebut atau model pertama yang akan menggunakannya. Namun, perkembangan ini jelas menunjukkan trend baharu dalam industri kamera telefon pintar yang semakin beralih ke arah fleksibiliti dan AI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...