More

    OPPO dan vivo akan lancarkan tiga tablet pada tahun ini

    Dua jenama teknologi dari China, OPPO dan vivo, dilapor bakal melancarkan tablet pertama mereka pada tahun ini. Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, vivo bakal melancarkan dua buah tablet manakala OPPO akan melancarkan sebuah sahaja.

    Sebelum ini, tablet pertama oleh vivo telah pun mendapat pengiktirafan daripada pelbagai negara termasuk ahli-ahli Kesatuan Eropah dan Jepun.

    Memandangkan kedua-dua jenama berada di bawah naungan BBK Electronics, tidak mengejutkan jika mereka melancarkan tablet pertama dalam masa yang dekat. Pandemik COVID-19 telah memaksa ramai orang untuk kekal di rumah dan membeli tablet bagi menyelesaikan tugas pekerjaan dan pendidikan.

    Sebuah lagi jenama di bawah naungan BBK Electronics, realme, telah pun mengesahkan tablet pertama mereka iaitu realme Pad. Walau bagaimanapun, ia masih belum dilancar secara rasmi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured