More

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan vivo, dilaporkan sedang membangunkan peranti kamera vlog mereka sendiri. Menurut sumber, kedua-duanya sedang mengusahakan kamera vlog kompak yang berpotensi menjadi pesaing kepada siri DJI Osmo Pocket.

    Menariknya, kedua-dua peranti akan menggunakan sensor kamera 200MP bersaiz 1/1.12 inci yang dipercayai adalah sensor Sony Lytia 901 yang diperkenalkan tahun lalu. Selain itu, OPPO dan vivo juga dijangka memanfaatkan kerjasama sedia ada mereka dalam bidang fotografi. Kamera vlog OPPO dikatakan akan membawa penjenamaan bersama Hasselblad manakala vivo pula dijangka meneruskan kerjasama dengan Zeiss.

    Laporan sama juga mendakwa kedua-dua peranti akan dilengkapi cip pemprosesan bertaraf mercu. Kelebihan utama kamera vlog ini adalah integrasi rapat dengan ekosistem telefon pintar masing-masing. Rakaman dan gambar yang diambil menggunakan kamera vlog dijangka boleh dipindahkan secara automatik ke telefon OPPO atau vivo untuk tujuan suntingan dan perkongsian.

    Selain DJI yang dikatakan sedang menyiapkan Osmo Pocket 4 dan varian Osmo Pocket 4P, Insta360 juga dilaporkan bakal memasuki segmen sama menerusi produk baharunya yang dikenali sebagai Luna. Sekiranya khabar angin ini tepat, pasaran kamera vlog kompak bakal menyaksikan persaingan yang jauh lebih sengit dalam tempoh terdekat.

    Pengguna bukan sahaja akan mempunyai lebih banyak pilihan, malah berpotensi menikmati integrasi yang lebih mendalam antara kamera dan telefon pintar dalam satu ekosistem yang sama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured