More

    OPPO Enco Air4 dilancar di Malaysia dengan ANC 32dB, bateri 43 jam dan Bluetooth 5.4 berharga RM249

    OPPO hari ini mengumumkan pelancaran fon telinga tanpa wayar terbaharunya OPPO Enco Air4 di Malaysia. Ia kini hadir dengan warna segar “Fresh Mint” dan menawarkan pembatalan bunyi aktif sehingga 32dB. OPPO Enco Air4 dilengkapi dengan Dual-Mic AI Clear Call yang menggunakan dua mikrofon dan algoritma AI untuk menyaring bunyi sekitar serta memperjelas suara panggilan.

    Selain itu, ia menampilkan rekaan yang dapat mengurangkan rintangan angin. OPPO Enco Air4 dikuasakan oleh pemandu Titanized Diaphragm 12.4mm dan teknologi OPPO Alive Audio untuk meningkatkan kesan spatial. Pengguna juga boleh menyesuaikan audio mereka menggunakan Enco Master Equalizer yang boleh diakses melalui aplikasi HeyMelody.

    Bateri OPPO Enco Air4 menawarkan sehingga 12 jam main balik dengan sekali cas dan sehingga 43 jam apabila menggunakan bekas pengecas. Teknologi pengecasan pantas OPPO pula membolehkan cas selama 10 minit memberikan sehingga 11 jam main balik. Bateri ini juga tahan lama dan mampu mengekalkan lebih 80% kapasiti asal selepas 1000 kitaran cas penuh.

    Daripada segi sambungan, fon telinga ini menyokong Bluetooth 5.4 dan latensi ultra-rendah 47ms serta mudah disambungkan dengan dua peranti serentak. Dengan harga RM249, OPPO Enco Air4 kini boleh didapati di Kedai Jenama OPPO, My OPPO Space, pengedar sah, serta di E-store rasmi OPPO di platform seperti Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Enco Air4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured