More

    OPPO Enco Buds2 dilancar di Malaysia: Pemacu Titanium 10mm & hayat bateri 28 jam berharga RM129

    Selain OPPO Reno8 Z 5G, OPPO turut melancarkan OPPO Enco Buds2 di Malaysia yang dibina dengan pemacu Titanium 10mm, stereo Enco Live termasuk Bass Boost dan Clear Vocals. 

    Selain itu, Enco Buds2 juga menampilkan kawalan kependaman (latency) rendah binaural dan kawalan sentuhan pintar yang komprehensif dan mudah digunakan. Fon telinga ini boleh bertahan sehingga 28 jam dengan sarung pengecasnya. Setiap fon telinga mempunyai bateri 40mAh manakala sarung pengecasannya pada 460mAh.

    Tambahan lagi, setiap fon telinga hanya seberat 4 gram dan mempunyai rating kalis air IPX4. Ia juga menyokong pengecasan pantas di mana OPPO mendakwa 10 minit pengecasan boleh dimainkan selama satu jam.

    Spesifikasi lain termasuk pembatalan hingar dalam Al untuk panggilan suara, Bluetooth 5.2, USB-C untuk sarung pengecasan, klik dua kali untuk mengawal kamera telefon pintar anda dan pilihan warna Midnight atau Moonlight. 

    Ia berharga RM129 dan akan mula dijual pada 26 Ogos 2022 di semua My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, rakan kongsi telko, rakan kongsi E-comm dan rakan kongsi kedai rantaian OPPO.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...