More

    OPPO Enco Buds3 Pro turut rasmi dengan pemacu 12.4mm, bateri sehingga 54 jam dan IP55 berharga RM169

    Selain daripada pelancaran siri OPPO A5 Pro, OPPO turut melancarkan fon telinga wayarles terbaharu dengan OPPO Enco Buds3 Pro secara rasmi di Malaysia. Peranti ini hadir dengan pelbagai ciri menarik termasuk hayat bateri yang panjang, ketahanan terhadap air dan debu serta pemacu audio berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

    Fon telinga ini menawarkan masa penggunaan sehingga 54 jam dengan bantuan kotak pengecasnya. Dengan sekali caj, OPPO mendakwa ia boleh bertahan selama 12 jam masa main muzik pada volum 50%. OPPO Enco Buds3 Pro juga dilengkapi dengan penarafan ketahanan IP55 untuk memberikan perlindungan terhadap habuk dan percikan air.

    Daripada segi audio, peranti ini menampilkan pemacu 12.4mm. Selain itu, fon telinga ini turut menyokong teknologi pembatalan bunyi aktif (ANC) bagi memastikan pengalaman mendengar yang lebih imersif. Dengan harga hanya RM169, OPPO Enco Buds3 Pro menawarkan nilai yang sangat baik bagi mereka yang mencari fon telinga wayarles berkualiti tinggi pada harga mampu milik.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Enco Buds3 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured