More

    OPPO Enco W31 dilancarkan di Malaysia: Pembatalan hingar dwi-mikrofon, IP54 berharga RM259

    Dalam sebuah acara pelancaran secara dalam talian hari ini, OPPO Malaysia turut melancarkan earphone wayarles OPPO Enco W31. OPPO Enco W31 ini dilengkapi pelbagai spesifikasi keperluan untuk sepasang unit alat teknologi wayarles terkini.

    Reka bentuk OPPO Enco W31 yang ergonomik bakal menambahkan keselesaan kepada si pemakai. Antara ciri teknologi yang menarik pada OPPO Enco W31 adalah ciri pembatalan hingar dwi-mikrofon untuk panggilan. Bukan itu sahaja, ia dilengkapi teknologi transmisi Binaural Low-Latency dan sokongan Bluetooth untuk sambungan yang lebih lancar. Ciri teknologi yang dinyatakan adalah penting bukan sahaja untuk bunyi yang dinamik, tetapi panggilan yang stabil.

    Ia turut dilengkapi rating IP54 tahan habuk dan air, sesuai untuk kegunaan lasak seharian. Jika anda memerlukan sepasang earphone wayarles, mungkin anda boleh pertimbangkan OPPO Enco W31 memandangkan ia turut hadir dengan harga berpatutan, RM259.

    Adakah anda berminat dengan alat wayarles ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...