More

    OPPO Enco W51 diumum di Malaysia: Sokongan ANC, bateri tahan hingga 24 jam berharga RM369

    Terkini, OPPO Malaysia telah mengumumkan kehadiran fon telinga wayarles OPPO W51 di pasaran Malaysia dengan harga RM369. Menurut OPPO, Enco W51 ialah fon telinga Truly Wireless Stereo (TWS) yang dilengkapi ciri pembatalan hingar aktif (ANC) pertama dari OPPO!

    OPPO Enco W51 hadir dengan ciri Pembatalan Hingar Aktif Hibrid yang boleh mengoptimumkan prestasi pengurangan hingar yang lebih baik. Jalur lebar pengurangan hingar ini adalah sehingga 2.5kHz dengan kedalaman sehingga 35 dB.

    OPPO Enco W51 juga dilengkapi tiga mikrofon yang mendapat sokongan teknologi pengurangan hingar untuk panggilan yang lebih jelas dan berkualiti, Turut serta adalah sokongan Bluetooth 5.0 dan sokongan pengecasan wayarles (pengecasan wayarles Qi).

    Bersama bekas pengecasannya, ia dilaporkan mampu bertahan sehingga 24 jam penggunaan. Pengecasan selama 15 minit pula membenarkan muzik dimainkan selama 9 jam (pembatalan hingar tidak aktif) dan 8.5 jam (pembatalan hingar aktif).

    Anda boleh mendapatkan OPPO Enco W51 dalam dua warna iaitu Floral White dan Starry Blue pada harga RM369. Untuk membelinya, anda boleh ke OPPO Official Concept Store, OPPO Brand Store, OPPO Official Online Store, Lazada, Shopee atau mana-mana pengedar sah OPPO.

    Beritahu kami di laman Facebook jika anda akan mendapatkannya dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured