More

    OPPO F21 Pro dan F21 Pro 5G dilancar: Miliki skrin AMOLED 6.4 inci dan kamera 64MP bermula ~RM1,280

    Semalam, OPPO telah melancarkan dua telefon pintar baharu iaitu OPPO F21 Pro dan OPPO F21 Pro 5G. Kedua-dua peranti ini hadir dengan paparan AMOLED FHD+ 6.43 inci dan kadar penyegaran semula 60Hz. 

    Bagi model 4G, ia menggunakan cipset Snapdragon 680 manakala varian 5G membawa cipset Snapdragon 695. Kedua-duanya membawa RAM 8GB dan storan 128GB yang boleh dikembangkan melalui kad mikroSD. OPPO F21 hadir dalam pilihan kulit gentian kaca (fiberglass-leather) yang eksklusif manakala selebihnya menggunakan kaca beku (frosted glass).

    Peranti F21 Pro disediakan dengan kamera utama 64MP bersama lensa mikroskop 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala model 5G hadir dengan kamera mikroskop bersaa sensor monokrom 2MP.

    Kamera hadapan F21 Pro memberikan Sony IMX709 32MP manakala F21 Pro 5G membawa sensor 16MP. Kedua-dua telefon mempunyai bateri 4,500 mAh dengan pengecasan 33W dan ColorOS 12 berdasarkan Android 12.

    OPPO F21 Pro dijual pada harga INR 22,999 (~RM1,280) dan mula dijual mulai 15 April. OPPO F21 Pro 5G pula dijual pada harga INR 26,999 (~RM1,502) pada 21 April. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured