More

    OPPO Find N2 dilancar: Telefon lipat dengan dwi-skrin AMOLED 7.1″ dan 5.54″, SD 8+ Gen 1 bermula ~RM5,070

    OPPO telah melancarkan telefon lipatnya yang kedua iaitu OPPO Find N2. Seperti Find N pada tahun lepas, telefon ini mempunyai skrin lipat dengan nisbah aspek yang menarik dan lebih mudah dipegang berbanding telefon lipat lain dalam pasaran.

    Di hadapan, telefon ini mempunyai skrin AMOLED 120Hz berukuran 5.54 inci dengan resolusi 2120×1080 dan nisbah aspek 17.7:9 yang membuatkannya lebih petak berbanding telefon lipat lain apabila skrinnya dilipat.

    Skrin utamanya pula mempunyai panel AMOLED 120Hz berukuran 7.1 inci dengan nisbah aspek 9:8.4 dan teknologi LTPO untuk melaraskan kadar segar semulanya secara automatik di antara 1Hz ke 120Hz, mengikut jenis aplikasi yang dibuka. Teknologi LTPO ini juga bertujuan meningkatkan kecekapan penggunaan bateri.

    Find N2 ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam Leather Black, hijau Demure Green dan putih Matte White. Ia juga lebih ringan sebanyak 42g daripada Find N asal. Untuk spesifikasi dalaman, Find N2 dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4,520mAh, pengecasan pantas 67W SUPERVOOC yang boleh mengecas penuh selama 42 minit dan sistem operasi Android 13 dengan perisian ColorOS 13.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890 dan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 48MP dengan sensor Sony IMX581 dan kamera telefoto 32MP dengan sensor Sony IMX709. Fotografi dalam telefon ini mempunyai teknologi MariSilicon X dan Hasselblad yang mula diperkenalkan dalam Find X5 Pro sebelum ini.

    Find N2 akan dijual di China pada harga sekitar CNY 8,000 (~RM5,070). Setakat ini masih tidak diketahui jika Find N2 akan dijual di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured