More

    OPPO Find N2 Flip akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada 15 Februari 2023

    Pada akhir tahun lalu, OPPO telah melancarkan telefon lipatnya yang kedua iaitu OPPO Find N2 Flip, untuk pasaran China sahaja. Kini, syarikat teknologi itu bakal melancarkan telefon tersebut untuk pasaran antarabangsa pada 15 Februari 2023 di London, United Kingdom.

    Ini menjadikan OPPO Find N2 Flip telefon lipat pertama oleh OPPO yang ditawarkan untuk pasaran antarabangsa. Sebelum ini, telefon lipat pertama oleh OPPO iaitu OPPO Find N hanya ditawarkan di China sahaja.

    Sungguh pun begitu, tiada pengumuman mengenai pelancaran OPPO Find N2 untuk pasaran antarabangsa. Find N2 menampilkan rekaan lipat dengan engsel menegak seperti buku, manakala Find N2 Flip menampilkan rekaan lipat dengan engsel mendatar seperti Samsung Galaxy Z Flip4.

    Find N2 Flip dilengkapi skrin lipat AMOLED 6.8 inci, skrin luaran 3.26 inci, cipset MediaTek Dimensity 9000+, pengecasan pantas 44W, bateri 4,300mAh, dua kamera belakang dan satu kamera swafoto.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...