More

    OPPO Find N3 Flip akan dilancar untuk pasaran global tidak lama lagi

    OPPO, telah mengumumkan standard emas baharu untuk telefon lipat Find N3 Flip yang akan didedahkan pada acara pelancaran global OPPO tidak lama lagi. OPPO Find N2 Flip merupakan salah satu telefon lipat nombor satu di China dan ini akan diikuti oleh Find N3 Flip yang membawakan peningkatan secara menyeluruh daripada segi gaya, pengalaman skrin penutup dan kamera yang lebih baik.

    OPPO Find N3 Flip telah dinaik taraf untuk had saiz dan ruang, menggabungkan perkakasan bertaraf dunia, enjin pengimejan berkuasa OPPO dan pengalaman ikonik Hasselblad. Dalam pada itu, ia kelihatan elegan bersama hayat bateri yang tahan lama dan banyak lagi.

    Versi baharu peranti tahun ini menampilkan modul kamera yang dinaik taraf termasuk ultra lebar 48MP, sensor potret 32MP yang menawarkan zum optik 2x dan kamera utama. Skrin penutup kekal dengan saiz yang sama tetapi kini menyokong fungsi yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi dan widget tanpa membuka peranti.

    Paparan utama 6.8 incinya adalah panel LTPO AMOLED dengan kadar penyegaran adaptif sehingga 120Hz dan telefon ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 9200, RAM yang lebih pantas dan storan yang lebih baik.

    Nantikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang OPPO generasi boleh lipat pada pelancaran global yang akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...