More

    OPPO Find N3 Flip dan Watch 4 Pro bakal dilancar pada 29 Ogos 2023

    OPPO sedang bersiap sedia untuk melancarkan dua produk baharu di China pada akhir bulan ini, 29 Ogos 2023. Keluaran tersebut adalah telefon lipat OPPO Find N3 Flip dengan reka bentuk kulit kerang klasik dan jam pintar OPPO Watch 4 Pro.

    OPPO Find N3 Flip memberikan pengguna pandangan baharu dengan reka bentuk kulit kerang klasik bersama bonggol kamera bulat yang lebih besar di bahagian belakang daripada pendahulunya dan menempatkan tri-kamera. Ia disokong oleh jenama Hasselblad, menjanjikan pengalaman fotografi yang dipertingkatkan kepada pengguna. Ia juga dijangkan membawa pengecasan 67W seperti yang dilihat pada data 3C.

    Kemudian, OPPO Watch 4 Pro pula mengekalkan skrin berbentuk segi empat yang biasa dan pilihan tali silikon atau kulit. Kini, ia juga akan menawarkan pelbagai ciri dan fungsi yang dipertingkatkan seperti penggabungan sensor binaan dalam serta sensor dengan algoritma yang optimum untuk bacaan yang lebih tepat.

    Namun, menjelang pelancaran peranti di atas, kami pasti lebih banyak butiran akan didedahkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured