More

    OPPO Find N3 Flip dilancar: Dimensity 9200, tambahan fungsi aplikasi dan widget bermula ~RM4,330

    OOPO telah melancarkan peranti lipat berkulit kerangnya, OPPO Find N3 Flip dengan peningkatan sistem kamera Hasselblad. Antara penyesuaian reka bentuk baharu adalah pengenalan suis senyap baru, mengingatkan kepada konfigurasi yang terdapat pada telefon OnePlus.

    Khas untuk versi tahun ini terdapat modul ultra lebar 48MP yang ditingkatkan dengan pandangan lapang 114˚, bersama dengan sensor potret 32MP yang menawarkan zum optik 2x dan fokus panjang 47mm. Kamera utama adalah unit 50MP dengan fokus 24mm, dilengkapi dengan apertur f/1.8, saiz piksel 1.0µm dan penstabilan imej optik (OIS).

    Walaupun saiz skrin penutup AMOLED 3.26 incinya tetap tidak berubah, tetapi fungsi pearnti itu telah diperluaskan. Pengguna kini boleh mengoperasikan pelbagai aplikasi dan widget tanpa perlu membuka Find N3 Flip. Ia menyokong pelbagai aplikasi perjalanan, navigasi, muzik dan rangkaian sosial serta integrasi kunci pintar untuk kenderaan moden.

    Paparan utama adalah LTPO AMOLED 6.8 inci dengan resolusi 1080 x 2520 piksel, kadar penyegaran adaptif dari 1 hingga 120Hz. Dicipta menggunakan kaca ultra nipis (UTG) yang mencapai kecerahan puncak sehingga 1,600 nit. Peningkatan dalam OPPO Find N3 Flip merangkumi cipset MediaTek Dimensity 9200 serta membawa RAM LPDDR5X yang lebih pantas dan storan UFS 4.0.

    Spefisifkasi lain termasuk ColorOS 13.2 berdasarkan Android 13 dan bateri 4,300 mAh dengan pengecasan 44W. OPPO Find N3 Flip boleh didapati dalam warna Hitam, Emas dan Merah Jambu. Varian 12GB+256GB dijual pada harga CNY 6,799 (~RM4,330) manakala varian 12GB+512GB dijual pada harga CNY 7,599 (~RM4,840).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO China

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...