More

    OPPO Find N3 mungkin akan dilancar untuk pasaran global

    OPPO telah menghasilkan beberapa model telefon pintar lipat iaitu OPPO Find N, OPPO Find N2 dan OPPO Find N2 Flip, namun hanya Find N2 Flip sahaja yang ditawarkan di pasaran antarabangsa termasuk Malaysia. Find N dan Find N2 sekadar dijual di China sahaja.

    Kini terdapat khabar mengatakan telefon lipat seterusnya iaitu OPPO Find N3 bakal menjadi telefon lipat OPPO berbentuk buku pertama yang akan dijual dalam pasaran antarabangsa. Berita ini timbul selepas ia dikesan dalam pengiktirafan Infocomm Media Development Authority (IMDA) oleh pihak berkuasa Singapura, serupa seperti SIRIM dalam Malaysia.

    OPPO Find N3 dikesan dengan nombor model CPH2499 dalam data IMDA. Ia dikhabar bakal dilancarkan di China pada bulan September dan pelancara untuk pasaran antarabangsa dijangka akan berlaku pada bulan berikutnya.

    Selain IMDA, OPPO Find N3 juga telah mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Eurasia (EEC), Thailand (NBTC), Indonesia (TKDN dan KOMINFO). Pada tahun lalu, OPPO Find N2 telah dilancar pada bulan Disember 2022, namun OPPO mungkin akan melancarkan Find N3 dengan lebih awal pada tahun ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Tech Outlook

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured