More

    OPPO Find N3 mungkin bawa pengecasan wayarles dan beberapa peningkatan yang lebih baik

    Menurut satu akaun di Weibo, OPPO Find N3 akan menyokong pengecasan wayarles menjadikan ia telefon lipat pertama untuk barisan ini. Selain itu, akan terdapat peningkatan kamera, paparan dan bateri yang lebih baik.

    Sumber mendedahkan bahawa OPPO Find N3 akan mempunyai paparan dalaman 8 inci yang lebih besar dengan resolusi 2268x2440px dan kadar penyegaran semula 120Hz. Paparan luarannya pula dikhabarkan berukuran 6.5 inci.

    Dengan peningkatan prestasi, ia mungkin menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Baterinya dijangka berkapasiti 4,805mAh dengan pengecasan berwayar 80W.

    Dalam pada itu, kameranya mungkin terdiri daripada kamera utama 50MP IMX890, ultra lebar 48MP IMX581 dan zum periskop L07D1W22 32MP manakala kamera swafotonya 32MP pada paparan luaran dan 32MP pada paparan dalaman.

    OPPO Find N3 turut dijangka akan dilancarkan sekitar Ogos di China terlebih dahulu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Akaun Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured