More

    OPPO Find N5 bakal dilancar sebagai telefon boleh lipat paling nipis, skrin tanpa lipatan

    Peranti boleh lipat terbaharu OPPO Find N5 dijangka dilancarkan secara rasmi sekitar 20 Februari ini. Walaupun OPPO masih belum mengesahkan tarikh rasmi, kempen promosi bagi model ini sedang giat dijalankan dengan tumpuan utama diberikan kepada reka bentuknya yang lebih nipis.

    Ketua Pegawai Produk OPPO, Pete Lau, turut berkongsi pengacah menarik mengenai skrin peranti ini di platform X. Dalam hantaran tersebut, beliau menulis tentang ketiadaan kesan lipatan pada skrin apabila dibuka. Meskipun itu mungkin sekadar strategi pemasaran, imej yang dikongsikan menunjukkan lipatan pada skrin hampir tidak kelihatan terutama ketika skrin dimatikan.

    Dengan pencahayaan terang untuk menonjolkan setiap kekurangan, OPPO Find N5 tetap kelihatan lebih kemas berbanding pesaingnya. Berdasarkan perbandingan dalam gambar pengacah, OPPO Find N5 kelihatan sepadan dengan saiz Samsung Galaxy Z Fold. Ini menjadikannya model lebih besar berbanding Find N dan Find N2 yang lebih kompak.

    Peranti ini juga dijangka hadir dengan keupayaan kalis air lebih baik dengan penarafan IPX9, IPX6 dan IPX8. Ia mampu bertahan daripada semburan air bertekanan tinggi, rendaman dalam air serta pancuran air yang kuat. Sebagai perbandingan model terdahulu, Find N3 hanya mempunyai penarafan IPX4 yang sekadar melindungi daripada percikan air.

    Selain itu, OPPO Find N5 turut menyokong pengecasan wayarles 50W dan kemungkinan besar akan menyokong pengecasan berwayar 80W. Peranti ini dikatakan bakal dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar 5,600mAh serta dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite. Maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi dan harga dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...