More

    OPPO Find N6 rasmi di Malaysia: Kamera Hasselblad 200MP dan skrin tanpa kesan lipatan berharga RM8,699

    OPPO melancarkan telefon lipat mercu terbaharu Find N6 secara global dengan memperkenalkan teknologi engsel Titanium Flexion Generasi Ke-2 yang dihasilkan melalui cetakan cecair 3D. Teknologi ini mengurangkan variasi ketinggian engsel kepada 0.05mm bagi menghasilkan paparan dalaman 8.12 inci yang rata tanpa kesan lipatan ketara.

    Ketahanan peranti pula disahkan oleh TÜV Rheinland yang mampu bertahan sehingga satu juta kitaran lipatan dan kekal rata selepas 600,000 kali penggunaan. Find N6 dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama bateri Silicon-Carbon 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan wayarles 50W.

    Sistem kamera Hasselblad Master pada model ini menggunakan sensor utama 200MP, ultra-lebar 50MP dan telefoto periskop 50MP dengan keupayaan rakaman video 4K 120fps Dolby Vision. Ia turut menyokong penggunaan stylus OPPO AI Pen dengan 4,096 tahap tekanan dan ciri Free-Flow Window untuk menjalankan empat aplikasi serentak.

    Bagi perlindungan luaran, Find N6 memiliki penarafan kalis air dan debu IP56, IP58 serta IP59 yang tahan terhadap pancutan air tekanan tinggi. OPPO Find N6 dijual pada harga RM8,699 untuk varian 16/512GB dan boleh didapati di Malaysia bermula 20 Mac 2026.

    Tempahan dibuka dari 9 hingga 19 Mac 2026 dengan tawaran hadiah percuma bernilai RM2,297 termasuk pilihan OPPO Watch S atau Lefant M320 Robot Vacuum Cleaner bersama Kit OPPO AI Pen. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...