More

    OPPO Find X5 bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9000

    Syarikat semikonduktor dari Taiwan, MediaTek, telah mengesahkan bahawa telefon pintar andalan OPPO yang seterusnya iaitu siri OPPO Find X5 bakal dilengkapi cipset andalannya, MediaTek Dimensity 9000.

    Dalam sebuah kiriman di laman media sosial Weibo, MediaTek dan OPPO mengesahkan kehadiran cipset tersebut dalam telefon pintar OPPO Find X5 Pro Dimensity Edition. Telefon ini bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi cipset tersebut.

    Setakat ini masih tidak diketahui sama ada semua varian dalam siri OPPO Find X5 akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity atau cuma untuk varian Find X5 Pro Dimensity Edition sahaja. Siri OPPO Find X5 akan dilancarkan pada hari Khamis, 24 Februari 2022 jam 7:00 malam waktu China.

    MediaTek Dimensity 9000 telah dilancarkan pada November 2021 sebagai cipset telefon pintar tercanggih oleh MediaTek setakat ini. Cipset tersebut dibina dengan proses nod 4nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) dan akan bersaing dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 serta Samsung Exynos 2200.

    Adakah anda berminat dengan telefon ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured