More

    OPPO Find X5 dan X5 Pro dilancar: SD 8 Gen 1, AMOLED 6.7″ 120Hz dan kamera 50MP bermula ~RM4,700

    Baru-baru ini, OPPO telah melancarkan dua telefon segmen andalan mereka iaitu OPPO Find X5 dan X5 Pro. Walaupun model Pro jelas lebih popular, namun model standard sebenarnya mempunyai banyak ciri perkakasan yang sama termasuk ciri Penentukuran Warna Semulajadi Hasselblad dan cip imej MariSilicon X 6nm.

    OPPO dilihat membawa siri Find X5 untuk memfokuskan kepada spesifikasi kamera. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia mempunyai cip pengimejan khusus NPU MariSilicon X 6nm yang direka untuk prestasi pengimejan terbaik. OPPO berkata ia adalah salah satu perisian pengkomputeran AI yang paling berkuasa yang menjalankan algoritma pengurangan noise AI.

    Tiga kamera belakang terdiri daripada 50MP (utama) + 50MP (ultralebar) + 13MP (telefoto) dengan zum hibrid 5x dan zum digital 20x. Kedua-dua kamera utama dan ultralebar menggunakan sensor Sony IMX766 dengan saiz 1/1.56″ dan 2um saiz piksel besar selepas binning. Selain itu, siri Find X5 menampilkan rakaman Video Malam Ultra 4K dan Penentukuran Warna Semulajadi Hasselblad dalam Mod Pro.

    Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Ceramic White dan Glaze Black, Find X5 Pro menampilkan paparan AMOLED 6.7 inci 120Hz beresolusi WQHD+, 100% gamut warna P3 dan panel 10-bit yang menghasilkan lebih daripada 1 bilion warna. Ia dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1 bersama bateri dwi-sel 5000mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas SUPERVOOC 80W dan teknologi AIRVOOC 50W.

    OPPO berkata bahawa model pro boleh dicas sehingga 100% secara wayarles dalam masa 47 minit sahaja. Ciri ketara lain termasuk penarafan rintangan IP68 air dan habuk dan ColorOS 12.1 berdasarkan Android 12. Bagi model standard Find X5, ia menampilkan spesifikasi yang sama kecuali cipset Snapdragon 888, paparan 6.5 inci 120Hz dan teknologi pengecasan wayarles 30W AIRVOOC.

    OPPO Find X5 8+256GB berharga €1,000 (~RM4,700) manakala OPPO Find X5 Pro 12+256GB berharga €1,300(~RM6,120).Belum ada harga dan ketersediaan rasmi untuk pasaran Malaysia. Tetapi OPPO Malaysia berkemungkinan besar akan memperkenalkan siri Find X5 di sini tidak lama lagi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured