More

    OPPO Find X5 mungkin dilengkapi cipset Dimensity 9000, anggaran harga bermula ~RM2946

    Awal minggu ini, dilaporkan bahawa OPPO akan memperkenalkan telefon pintar terbaharunya tidak lama lagi. Tiga model siri OPPO Find X5 muncul di CES 2022 dan beberapa paparan model Pro telah pun didedahkan. Kini, terdapat beberapa anggaran spesifikasi untuk OPPO Find X5 standard.

    Menurut pemberi maklumat, OPPO Find X5 mungkin hadir dengan cipset Dimensity 9000, RAM 8GB atau 12GB RAM dan storan 256GB. Ia juga dijangka mempunyai paparan AMOLED 2.7D 6.78 inci dengan kadar penyegaran semula sehingga 120Hz serta mungkin skrinnya melengkung.

    Selain itu, ia mungkin mempunyai bateri 5000mAh, 80W SuperVOOC dan pengecasan wayarles 50W AirVOOC. OPPO Find X5 akan mempunyai tiga kamera belakang. Ia datang dengan dua kamera sensor Sony IMX766 50MP iaitu kamera utama dan kamera ultra lebar dan sensor Samsung S5K3M5 13MP untuk telefoto.

    Ciri lain ialah dua pembesar suara stereo, motor paksi X, sensor inframerah dan pengimbas cap jari bawah paparan. Pemberi maklumat juga membuat spekulasi bahawa harga untuk telefon ini bermula daripada 4499 yuan (~RM2946).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OPPO Find X5 seterusnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured