More

    OPPO Find X5 Pro 5G kini boleh menggunakan rangkaian 5G DNB

    Selepas dilancarkan di Malaysia, OPPO Find X5 Pro 5G kini serasi dengan rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah untuk anda lakukan terlebih dahulu untuk mengaktifkan 5G.

    Untuk mengaktifkan rangkaian 5G pada OPPO Find X5 Pro 5G, anda perlu pergi ke Tetapan > Perihal peranti > Kemas kini perisian. Anda akan mendapati bahawa terdapat kemas kini sistem yang tersedia. Jika tiada, ini bermakna telefon anda telah mengemas kini kepada perisian terkini dan ia tersedia untuk disambungkan kepada perkhidmatan 5G.

    Untuk pengetahuan, OPPO Find X5 Pro 5G menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 12GB, storan UFS 3.1 256GB, bateri 5,000mAh dan paparan LTPO2 AMOLED 6.7 inci. Ia juga merupakan telefon OPPO pertama dilengkapi pemproses imej MariSilicon X yang meningkatkan kualiti imej.

    Lihat video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai OPPO Find X5 Pro 5G. Adakah anda sudah memiliki OPPO Find X5 Pro 5G? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured