More

    OPPO Find X5 Pro mungkin dilengkapi SD 8 Gen 1, skrin AMOLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO Find X5 Pro dan Find X5 mungkin dirasmikan pada bulan Mac tahun ini. Semalam, sumber yang boleh dipercayai telah berkongsi spesifikasi utama model Pro dan kini, Abhishek Yadav telah berkongsi tangkapan skrin telefon pintar tersebut itu.

    Pendedahan itu menyatakan bahawa nombor model OPPO Find X5 Pro adalah PFEM10 menampilkan paparan AMOLED LTPO 2.0 6.7 inci yang menawarkan resolusi Quad HD+ 1440 x 3216 piksel dan kadar penyegaran semula 120Hz. Pada kamera swafoto di bahagian hadapan pula membawa paparan lubang tebuk (punch-hole) menempatkan kamera Sony IMX709 32MP.

    Kamera belakang peranti ini dilengkapi dengan kamera utama Sony IMX766 50MP dengan sokongan OIS, lensa ultralebar 50MP dan kamera 13MP. Ia menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1 bersama cip MariSilicon X OPPO, bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar 50W. Ia turut dilengkapi Android 12 O dengan ColorOS 12 serta pengimbas cap jari dalam skrin Goodix G7.

    Menurut OnLeaks pada Disember 2021, mereka mendedahkan bahawa Find X5 dan Find X5 Pro akan menggunakan reka bentuk lubang tebuk (punch-hole) di hadapan dan modul kamera belakang berbentuk lain daripada yang lain. Khabar angin mengatakan bahawa model standard Find X5 mungkin hadir dengan spesifikasi yang sama seperti model Pro bersama cip Dimensity 9000.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured