More

    OPPO Find X6 Pro mendapat #1 pada kedudukan kamera telefon pintar DXOMARK

    Baru-baru ini, DXOMARK mengumumkan bahawa OPPO Find X6 Pro kini berada di kedudukan #1 daripada segi kamera pada telefon pintar mereka dengan skor 153. 

    Sebelum ini, kedudukan #1 dipegang oleh HONOR Magic5 Pro dengan skor 152 tetapi OPPO Find X6 Pro mengambbil alih kedudukan tersebut dengan satu markah lebih daripada segi cahaya malap dan foto dan video kumpulan dan potret.

    Melihat lebih dekat pada ulasan itu, pengguna DXOMARK menyatakan Find X6 Pro memberikan “perincian yang sangat baik dalam foto, zum dan video walaupun dalam cahaya malap” dengan “bunyi imej terkawal dalam semua keadaan”. 

    Walau bagaimanapun, mereka juga menyatakan bahawa terdapat “kekurangan kontras dalam foto potret bercahaya latar” dan “beberapa ketidakstabilan pendedahan dalam foto dan video”.

    Anda boleh melihat sorotan dalam video di atas tetapi kami akan dapat mengulas lebih lanjut mengenai telefon apabila ia datang ke Malaysia. Sebelum ini ia dilancarkan di China pada harga 5,999 CNY (~RM3,848) dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, tri-kamera belakang yang terdriri daripada sensor 50MP 1 inci + periskop 50MP + ultra lebar 50MP serta disokong oleh Penentukuran Warna Hasselblad dan banyak lagi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...