More

    OPPO Find X8 Mini mungkin akan dilengkapi “butang 3 peringkat”

    Khabar angin mengenai telefon pintar flagship bersaiz kecil, OPPO Find X8 Mini, telah hangat diperkatakan sejak awal tahun ini di mana ia dikhabar akan mempunyai saiz skrin berukuran 6.31 inci. Kini, pengkhabar berita teknologi dari China, Digital Chat Station, berkongsi lebih banyak maklumat mengenai peranti ini.

    Menurutnya, OPPO Find X8 Mini akan mempunyai skrin panel LTPO OLED dengan resolusi 1.5K (1216×2460) serta sempadan bezel yang nipis. Selain itu, ia akan mempunyai kamera telefoto periskop 50MP, pengecasan wayarles dan pengimbas cap jari optikal.

    Jika anda berminat dengan butang Alert Slider seperti yang terdapat pada bahagian sisi OPPO Find X8 Pro, ia mungkin tidak ditawarkan dalam Find X8 Mini. Sebaliknya, ia bakal digantikan dengan butang tiga peringkat di bahagian sisi. Butang tersebut mungkin bakal mempunyai tiga tahap tekanan, iaitu sentuh sahaja, separuh tekan dan tekan sepenunya.

    Kami meramalkan butang itu akan berfungsi seperti butang shutter pada kamera DSLR yang membenarkan tekanan separuh untuk fokus, dan tekanan sepenuhnya untuk mengambil gambar.

    OPPO Find X8 Mini dijangka akan dilancar pada bulan Mac ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured