More

    OPPO Find X8 Ultra rasmi dengan Snapdragon 8 Extreme, kamera kuad 50MP bermula ~RM3,900

    OPPO secara rasmi telah melancarkan model terbaharu dengan Find X8 Ultra untuk pasaran China. Peranti ini merupakan edisi tertinggi dalam siri Find X8 dan menampilkan pelbagai ciri berprestasi tinggi. Buat masa ini, OPPO belum merancang untuk melancarkan model ini secara global, namun pelancarannya tetap mencuri perhatian dengan spesifikasi yang mengagumkan.

    Find X8 Ultra dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Extreme Edition dipadankan dengan memori LPDDR5X serta storan UFS 4.0. Daripada segi paparan, peranti ini hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.82 inci yang menyokong resolusi QHD+ sebanyak 3168 x 1440 piksel. Skrin ini juga menawarkan kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz.

    Ia turut dilindungi oleh Crystal Shield Glass hasil pembangunan OPPO sendiri dan mampu memaparkan lebih satu bilion warna 10-bit dengan kecerahan puncak mencapai 1,600 nits. Kamera swafoto 32MP pula terletak di bahagian tengah atas skrin. Di bahagian belakang, OPPO menyertakan empat kamera dengan sensor 50MP bagi setiap satu.

    Susun atur kuad-kamera ini terdiri daripada kamera utama, ultra-lebar, telefoto dan ultra-telefoto. Turut disertakan ialah kamera tambahan 2MP jenis True Chroma yang menggunakan sistem pelbagai spektrum sembilan saluran dan berfungsi sebagai sensor sokongan untuk penghasilan warna yang lebih tepat.

    Semua kamera utama dilengkapi dengan teknologi penstabilan imej optikal (OIS) kecuali kamera ultra-lebar. OPPO turut menggabungkan teknologi kamera Hasselblad bersama sistem pengimejan LUMO yang canggih. Untuk rakaman video, Find X8 Ultra mampu merakam dalam format 4K sehingga 120 bingkai sesaat (FPS), lengkap dengan sokongan Dolby Vision.

    Peranti ini dilengkapi dengan dua sel bateri berkapasiti 3,050mAh yang memberikan jumlah keseluruhan 6,100mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 100W SUPERVOOC, wayarles 50W AIRVOOC dan pengecasan berbalik wayarles 10W. Ciri ketahanan juga disertakan seperti penarafan kalis air dan habuk IP68, IP69 serta penarafan lima bintang SGS untuk ketahanan jatuh.

    Selain itu, Find X8 Ultra menyokong sambungan WiFi 7 dan Bluetooth 5.4 dan ia dijalankan menggunakan sistem operasi ColorOS 15.0 berasaskan Android 15. Fungsi AI yang semakin popular turut tersedia untuk peranti ini dalam penggunaan harian. Peranti ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Starry Black, Moonlight White dan Morning Light.

    Tiga variasi storan diumumkan untuk pasaran China dengan varian 12/256GB dijual pada harga 6,499 Yuan (~RM3,900), varian 16/512GB berharga 6,999 Yuan (~RM4,200) dan varian 16/1TB termasuk sokongan satelit berharga 7,999 Yuan (~RM4,800).

    "
    "

    Walaupun OPPO masih belum merancang untuk membawa Find X8 Ultra ke pasaran antarabangsa, tidak mustahil peminat global akan berpeluang memilikinya pada masa akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Find X8 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured