More

    OPPO iktiraf ASEAN sebagai pasaran penting, mahu luaskan pengaruhnya secara global

    Selain melancarkan siri OPPO Find X8 dan pelbagai peranti pada hari ini, OPPO turut mengumumkan komitmennya dalam menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pelanggan di seluruh dunia. Ini memerlukan OPPO untuk mempunyai rantaian bekalan, sistem penghantaran dan saluran jualan yang lebih kukuh.

    Menurut Presiden Jualan dan Perkhidmatan OPPO (Pasaran Antarabangsa), Billy Zhang, mereka memahami kepentingan dalam menyokong masyarakat tempatan. OPPO kini beroperasi dalam lebih 70 negara dan rantau, dengan lebih 300,000 kedai di seluruh dunia. Ini menjadikan OPPO jenama telefon pintar dengan jumlah jualan telefon pintar yang keempat tertinggi dalam dunia, di mana sekitar 60% daripada seluruh produknya dijual di luar China.

    Untuk OPPO, Asia Tenggara adalah pasaran penting di mana mereka bermatlamat untuk menjadi jenama telefon yang paling popular. Bagi menunjukkan komitmen mereka dalam rantau ini, OPPO telah membawa pihak media dari pelbagai negara untuk melawat kedai-kedainya di Indonesia. Buat masa ini, OPPO mempunyai sebuah Experience Store dan Gallery di Jakarta untuk mempromosikan produknya.

    Experience Store ini mempunyai sistem keselamatan wayarles yang dibangunkan oleh OPPO sendiri. Ia meningkatkan pengalaman beli-belah dengan memudahkan interaksi di antara pelanggan dengan produk.

    Selain itu, OPPO juga mempunyai pusat pengilangan pintar yang terletak di Tangerang, Indonesia dan merupakan pusat pengilangan antarabangsa yang kedua terbesar untuk OPPO dengan keluasan 100,000 meter persegi. Ia telah disiapkan pada 2022 dan menawarkan kadar pertukaran (turnover rate) daripada penerimaan bahan hingga penghasilan produk dalam masa lima hari sahaja, menjadikannya kilang OPPO antarabangsa yang paling pantas.

    Sekitar 99% daripada tenaga pekerjanya terdiri daripada warga tempatan, lantas menunjukkan komitmen OPPO untuk menyokong ekonomi tempatan.

    Pada masa hadapan, OPPO dijangka akan melakukan perkara yang sama di pelbagai negara dan rantau. Memandangkan sudah terdapat OPPO Brand Stores di Malaysia, mungkin kewujudan kilang OPPO di sini akan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat kita.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured