More

    OPPO K10 dilancar: SD 680, skrin 6.59″, bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W bermula ~RM830

    OPPO K10 telah dilancarkan seperti yang dijadualkan. Telefon ini mempunyai skrin lubang tebuk di sudut kiri atas, pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian sisi dan tiga kamera. Spesifikasi utama termasuk paparan 6.59 inci, Qualcomm Snapdragon 680, bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W, kamera swafoto 16MP dan Android 11.

    OPPO K10 menggunakan paparan LCD FHD+ 6.59 inci beresolusi 2412×1080 piksel dengan nisbah skrin 21:9, kadar segar semula 90Hz dan menyokong mod keselesaan. Peranti ini dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 680 dan GPU Adreno 610. Ia tersedia dalam dua pilihan storan iaitu 6GB+128GB dan storan 8GB+128GB.

    Terdapat sehingga 5GB memori boleh dikembangkan. OPPO K10 menggunakan antara muka ColorOS 11.1 berdasarkan Android 11. Ia juga dilengkapi pengimbas cap jari dan bicu audio 3.5mm. Ia berukuran 164.4mm x 75.7mm x 8.4mm dan berat 189 gram. Ciri sambungan pada peranti ini termasuk dwi 4G VoLTE, dwi SIM, Wi-Fi dwijalur, Bluetooth 5.1, GPS dan port USB-C.

    OPPO K10 mempunyai tiga kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan apertur f/1.8, FoV 77 darjah, kanta 5P dan AF. Dua lagi kamera hadir dengan sensor 2MP. Sesor Sony IMX471 16MP diletakkan pada kamera swafotonya. Ciri kamera termasuk Mod Pro, Panorama, Potret, Selang Masa, Pelekat, Pergerakan Perlahan, Imbasan Teks, Makro dan Google Lens.

    OPPO K10 berharga 14,990 rupee (~RM830) untuk versi 6GB+128GB dan 16,990 rupee (~RM940) untuk versi 8GB+128GB serta tersedia dalam pilihan warna biru dan karbon hitam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured