More

    OPPO K10X dilancarkan, dilengkapi SD 695, LCD 6.59″ 120Hz dan kamera 64MP bermula ~RM973

    Telefon untuk segmen pertengahan terbaharu daripada OPPO hadir dengan OPPO K10X yang baru dilancarkan. Telefon ini membawakan skrin LCD FHD 6.59 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, cipset Snapdragon 695 dan bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 67W.

    Bahagian belakang dilengkapi kamera utama 64MP dengan apertur f/1.79 manakala dua lagi modul ialah kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Terdapat kamera swafoto 16MP yang diletakkan dalam potongan lubang tebuk pada paparan.

    K10X hadir dengan sistem operasi Android 12 dengan ColorOS 12.1 OPPO. Telefon ini dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari yang dipasang di sisi yang berfungsi sebagai butang kuasa dan slot Dual SIM hibrid.

    OPPO K10X hadir dalam piliha warna Aurora dan Polar Black. Harga di China bermula pada CNY 1,499 (~RM973) untuk varian 8/128GB dan CNY 1,999 (~RM1,300) untuk model 12/256GB iaitu varian paling tinggi. Harga antarabangsa dan ketersediaan masih belum didedahkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...