More

    OPPO K7x dilancar: Dimensity 720, skrin 90Hz, 4 kamera, cas pantas 30W VOOC berharga ~RM932

    OPPO hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan yang baru iaitu OPPO K7x di China. Antara daya penarik telefon ini adalah pengecasan pantas 30W VOOC, bateri besar 5,000mAh dan skrin dengan kadar segar semula 90Hz.

    OPPO K7x dikuasai oleh cipset MediaTek Dimensity 720 dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Daripada segi kamera, ia mempunyai empat kamera di belakang dan satu kamera di hadapan.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO K7x:

    • Skrin 6.5 inci Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar bacaan sentuhan 180Hz
    • Cipset MediaTek Dimensity 720
    • RAM 6GB
    • Storan 128GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP + kamera potret 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 30W VOOC, boleh mengecas 50% selama 25 minit dan 100% selama 1 jam 6 minit
    • Pengimbas cap jari di sisi, sokongan face unlock
    • Pilihan warna hitam dan biru

    OPPO K7x dijual di China pada harga CN¥1,499 (~RM932) namun setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang telefon OPPO baru ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave Chinese

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...