More

    OPPO K9 5G sah hadir dengan cipset Snapdragon 768G!

    OPPO bakal mengadakan sebuah acara pelancaran di China pada 6 Mei ini. Di acara tersebut, mereka akan melancarkan telefon pintar OPPO K9 5G bersama beberapa aksesori yang lain. Terbaru, OPPO mengesahkan bahawa peranti OPPO K9 5G ini bakal menggunakan cipset Snapdragon 768G.

    Selain itu, OPPO juga memberitahu bahawa peranti ini akan hadir dengan ketebalan 7.9mm dan berat 179g. Untuk spesifikasi yang lain pula, OPPO K9 5G dilihat hadir dengan kamera 64MP, bateri 4,300 mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W.

    Peranti ini dikhabarkan akan dijual dengan dua varian memori iaitu RAM 8GB + storan 128GB dan RAM 8GB + storan 256GB. Untuk pilihan warna pula, ia ditawarkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih kebiruan.

    Kami menjangkakan peranti ini tidak akan masuk ke pasaran Malaysia kerana OPPO Malaysia pernah mengatakan bahawa mereka akan fokus kepada tiga siri sahaja iaitu siri Reno, siri A dan siri Find X.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured