More

    OPPO K9s bakal dilancar: Mungkin miliki cipset Snapdragon 778G dan bateri 4,880mAh

    Pada awal bulan ini, OPPO mengeluarkan model telefon PERM10 yang telah mendapat pengiktirafan 3C dan TENAA. Dikatakan model PERM10 merupakan telefon pintar OPPO K9s yang mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

    WHY LAB telah mendedahkan beberapa gambar dan jangkaan spesifikasi OPPO K9s. Ia mungkin menggunakan cipset Snapdragon 778G, skrin penyegaran semula 120Hz dan motor linear paksi-X untuk getaran dalam permainan 4G. Ia hadir dalam warna hitam, perak dan ungu.

    Berikut merupakan ramalan spesifikasi OPPO K9s:

    • Panel LTPS 6.59 inci
    • FHD+, resolusi 1080 x 2412 piksel 
    • Menggunakan Android 11 OS
    • RAM 8GB + storan 128GB dan RAM 12GB + storan 256GB, menyokong slot kad microSD
    • Bateri 4,880mAh, pengecasan pantas 30W
    • Tri-kamera belakang, 64MP + 8MP + 2MP
    • Kamera hadapan 16MP
    • Butang kuasa dan pengimbas jari di bahagian tepi telefon

    Spesifikasi OPPO K9s dilihat lebih kurang sama seperti telefon realme dengan nombor model RMX3461. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...