More

    OPPO K9x bakal dilancar 12 Disember ini, dilengkapi kamera 64MP dan skrin 6.5″ bermula ~RM990

    Telefon pintar OPPO daripada siri K9 muncul di penyenaraian TENAA minggu lepas dan salah satu sumber mendakwa peranti baharu itu akan dipanggil OPPO K9x. Ia mempunyai rupa bentuk luaran mirip realme Q3 tetapi terdapat perbezaan yang ketara daripada segi spesifikasi yang mana realme Q3 menggunakan cipset Dimensity 900.

    Telefon baharu itu dikatakan akan tiba untuk dijual pada 12 Disember ini dengan tiga varian memori dan harga mampu milik. Kebanyakan spesifikasi telah pun didedahkan dalam penyenaraian TENAA iaitu ia akan dilengkapi LCD HD+ 6.5 inci dengan resolusi penuh dan kamera swafoto 16 MP.

    Sumber maklumat itu mendakwa panel paparannya akan menyokong kadar penyegaran semula 120 Hz manakala kamera swafotonya menggunakan sensor Sony IMX471. Kamera utama 64 MP pada bahagian belakangnya akan mempunyai sensor OmniVision OM64B dengan piksel bersaiz 0.7 μm dan saiz 1/1.97″.

    Kapasiti baterinya mempunyai 5,000 mAh dan dicas melalui port USB-C serta OPPO akan membawa pengecasan pantas 30W VOOC 4.0. OPPO K9x dilaporkan tidak akan dilengkapi pada port NFC dan IR. Ia akan mengehadkan pilihan untuk menggunakan telefon sebagai dompet digital dan alat kawalan jauh.

    OPPO dilaporkan akan menjual K9x dengan 6GB + 128 GB pada harga CNY1,499 (~RM990) manakala versi 8GB + 128 GB berharga CNY1,699 (~RM1,123). Bagi varian 8GB + 256GB ia akan dijual pada harga CNY1,899 (~RM1,255).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured