Jika sebelum ini, industri telefon pintar di pasaran China sering didominasi oleh jenama HUAWEI atau Xiaomi. Kini, OPPO menjadi jenama nombor satu di pasaran China untuk Januari 2021.
Keputusan ini adalah hasil daripada perkhidmatan analisis pasaran Market Pulse Service dari Counterpoint Research untuk Januari 2021. Menariknya, ini adalah kali pertama OPPO mendominasi pasaran telefon pintar di China.

OPPO mendominasi pasaran China pada bulan Januari dengan bahagian pasaran berjumlah 21%, diikuti vivo 20%, HUAWEI Apple dan Xiaomi masing-masing dengan jumlah pasaran 16%.
Berikutan kenaikan bahagian pasaran OPPO di China, ia dipercayai akibat daripada penurunan bahagian pasaran HUAWEI dan kehadiran siri OPPO Reno5 baharu sebagai peranti 5G dengan harga berpatutan.
Apa pun, pastinya bahagian pasaran industri telefon pintar di Malaysia adalah berbeza. Kongsikan pandangan anda mengenai berita ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Counterpoint Research






