More

    OPPO lancarkan kemas kini ColorOS 13 berdasarkan Android 13, lebih mudah, selamat dan eksklusif

    OPPO memperkenalkan ColorOS 13 hari ini kepada global. Antara muka adalah berdasarkan Android 13 dan dilengkapi dengan banyak perubahan visual, beberapa ciri AoD baharu serta kerjasama merentas peranti yang dipertingkatkan. Syarikat itu menjanjikan OSnya akan tiba untuk Find X5 dan Find X5 Pro menjelang akhir bulan ini.

    Manakala sejumlah 60 versi akan dilancarkan menjelang akhir suku tahun pertama 2023. OPPO menggunakan banyak perkataan mewah untuk memperkenalkan reka bentuk Aquamorphic yang pada asasnya membawa lebih banyak sudut bulat dalam antara muka dan widgetnya. Ikon kelihatan lebih baik dan OPPO juga menyepadukan Material Your ke dalam ColorOS.

    Animasi juga sedikit berbeza dengan kesan seperti air dan kini warna tema daripada Android telah digunakan dalaman OPPO OS. Perubahan pada paparan sentiasa hidup (always on display) termasuk Bitmoji dan maklumat tentang muzik yang sedang dimainkan. Widget yang terakhir kini hanya berfungsi dengan Spotify dan aplikasi muzik terbina dalam.

    OPPO juga menawarkan cerapan tentang paparan sentiasa hidup termasuk masa dan berapa kali telefon tersebut dibuka kunci. Kawalan main balik juga mempunyai pemaharuan pada pusat Kawalan kerana panel asas direka semula untuk meletakkan pemberitahuan. Ia juga menyokong reka bentuk melintang.

    Anda boleh meletakkannya di sebelah kiri dan pemberitahuan di sebelah kanan. Perubahan fungsi dalam ColorOS 13 disertakan dengan peningkatan dalam privasi dan keselamatan. UI kini secara automatik menpikselkan avatar dan nama dalam tangkapan skrin sembang yang merupakan ciri kemas kini yang akan menjimatkan banyak masa untuk pengguna berkongsi imej perbualan mereka.

    Kerjasama merentas peranti berbilang skrin berfungsi dengan tablet OPPO Air atau mana-mana komputer riba Windows. Berikut ialah senarai penuh peranti yang dijadualkan menerima ColorOS 13 dan OPPO berjanji kesemuanya akan mendapat kemas kini Android 13 juga.

    Adakah anda berminat dengan kemas kini ColorOS 13 yang OPPO tawarkan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured