More

    OPPO lancarkan tablet Pad Air dan fon telinga Enco R, bermula ~RM860

    Semalam, OPPO telah melancarkan tablet terbaharu iaitu OPPO Pad Air yang menampilkan spesifikasi kelas permulaan untuk sebuah tablet. Ini juga merupakan tablet kedua oleh OPPO selepas pelancaran OPPO Pad pada awal tahun ini.

    OPPO Pad Air dilengkapi skrin LCD 10.36 inci dengan resolusi 2000×1200 dan kadar segar semula 60Hz. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Snapdragon 680, RAM 4GB atau 6GB, storan 64GB atau 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD, bateri 7,100mAh, pengecasan 18W, sistem operasi ColorOS For Pad berdasarkan Android 12 dan empat pembesar suara Dolby Atmos.

    Ia akan ditawarkan dalam dua warna iaitu perak Star Silver dan kelabu Fog Grey. Varian memori 4GB+64GB akan dijual di China pada harga CNY1,299 (~RM860) manakala 6GB+128GB dijual pada harga CNY1,699 (~RM1,125).

    Sementara itu, OPPO turut melancarkan fon telinga wayarles OPPO Enco R yang dilengkapi pemacu 13.4mm dan menyokong codec audio AAC dan SBC. Ia mempunyai berat 3.5 gram dan hayat bateri 24 jam jika digabungkan dengan bateri dalam bekas pengecas.

    Ia dihubungkan melalui Bluetooth 5.2 dan mempunyai rating kalis air IPX4. Perlu diingati bahawa ia tidak mempunyai teknologi pembatalan hingar (ANC). Harganya adalah CNY299 (~RM200) di China.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan kedua-dua produk ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...