Semalam, OPPO telah melancarkan teknologi pengecasan baru yang menekankan kepada kecekapan dan keselamatan bateri ketika pengecasan pantas.
Mengikut OPPO, dengan pengunaan perkakas dan perisian AI, bateri telefon mereka kini hanya akan hilang kapasiti sebanyak 20% selepas 1500 ulangan (kini 300% lebih lama).

Selain itu, OPPO juga perkenalkan cip keselamatan yang dapat mengesan voltan luar biasa dan memberitahu pengguna apabila bateri telefon perlu ditukarkan. OPPO juga memberitahu bahawa mereka berjaya untuk mengurangkan penghasilan haba setinggi 50% dengan fius yang lebih cekap.
Tambahan lagi, OPPO juga bakal menggunakan galium nitrat (GaN) untuk litar di dalam telefon pintarnya (dan pada pengecas juga). GaN dapat menawarkan ketahanaan voltan yang lebih baik dan lebih cekap dalam menghantar arus.

Mereka menyatakan bahawa dengan teknologi baru ini, pengecasan pantas 65W kini 20% lebih pantas (pengecasan bateri 4,500mAh dalam masa 30 minit sahaja).
Namun begitu, OPPO belum lagi mengesahkan sebarang peranti mereka yang hadir dengan teknologi pengecasan baru ini.
Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai OPPO di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena






