More

    OPPO Malaysia anjurkan promosi Raya Super Epik, pelbagai gajet murah bermula RM349

    Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, OPPO Malaysia menganjurkan kempen promosi khas Raya Super Epik bagi menawarkan pelbagai peranti pada harga istimewa serta hadiah-hadiah menarik. Promosi ini akan berlangsung pada 15 Mac hingga 10 April 2025.

    Antara promosi menarik termasuklah untuk OPPO A5 Pro yang menawarkan hadiah bernilai RM1,247 dengan setiap pembelian, serta pembelian untuk OPPO Enco Buds3 Pro pada harga lebih murah iaitu RM100 sahaja (harga asal RM169).

    OPPO Reno13 5G akan dijual dengan potongan diskaun RM200, manakala OPPO A3 dan OPPO A3x akan menerima potongan diskaun sehingga RM60. Dengan setiap pembelian, anda juga boleh beli OPPO Enco X3i pada harga lebih murah iaitu RM399 (harga asal RM499).

    OPPO juga akan memberi potongan diskaun sehingga RM100 untuk Enco Air4 Pro, Enco Buds2 Pro dan tablet OPPO Pad Neo. Sementara itu, fon telinga wayarles dengan pembatalan hingar aktif OPPO Enco Air4 Pro akan dijual pada harga diskaun RM349 (harga asal RM399).

    Promosi ini boleh didapati di kedai-kedai OPPO Brand Stores, My OPPO Space dan pengedar sah, serta platform e-dagang Lazada, Shopee, TikTok Shop dan OPPO Official E-Store.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti OPPO ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured