More

    OPPO Malaysia bakal perkenalkan Enco Air2 & Watch Free pada pelancaran siri OPPO Reno7 5G

    OPPO Malaysia akan memperkenalkan OPPO Enco Air2 True Wireless Earbuds dan OPPO Watch Free semasa pelancaran OPPO Reno7 Series 5G di Malaysia tidak lama lagi. Siri OPPO Enco Air membawa reka bentuk separa lut sinar, kualiti bunyi yang hebat dan hayat bateri yang lama manakala siri OPPO Watch adalah jam tangan kecergasan yang mempunyai kepraktisan tinggi dan reka bentuk premium. 

    OPPO Enco Air2 menampilkan dua kesan bunyi stereo dengan mod Bass Boost manakala bunyi treble yang jelas dengan mod Clear Vocal. Pemacu Diafragma Titanized Komposit 13.4 mm memastikan getaran bass lebih besar dan treble yang jelas. Ketersambungan peranti tidak akan menjadi masalah kerana OPPO Encor Air2 mencapai kependaman (latency) rendah dengan Bluetooth 5.2.

    Ia menggunakan algoritma pembatalan hingar AI untuk mengambil vokal dan menapis bunyi latar walaupun dalam persekitaran yang bising tanpa perlu meningkatkan kelantangan. Anda juga boleh ketik dua kali untuk mengambil gambar dan ketik tiga kali untuk memasuki Mod Permainan.

    OPPO Watch Free pula menampilkan ciri OSleep All-Scenario Sleep Monitoring serba baharu untuk memantau tingkah laku anda sebelum, semasa dan selepas tidur dengan menganalisis paras oksigen darah dan dengkuran berulang serta memberitahu anda jika terdapat sebarang masalah. 

    Kini, terdapat lebih 100 mod senaman yang boleh ditukar kepada mod automatik tanpa perlu menghidupkannya secara manual. Ia dilengkapi dengan paparan AMOLED kalis calar 1.64 inci, memastikan kepraktisan yang lebih tinggi dan bateri besar yang mampu bertahan selama 14 hari dengan sekali cas sahaja.

    OPPO Enco Air2 dan OPPO Watch Free akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dengan promosi pelancaran khas. Untuk maklumat terkini tentang OPPO Enco Air2, OPPO Watch Free, OPPO Reno7 Series 5G dan ketibaan mereka yang tidak lama lagi, nantikan di laman web rasmi OPPO Malaysia atau halaman Facebook OPPO.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured