More

    OPPO Malaysia buka kedai mercu pertama di IOI City Mall, Putrajaya

    OPPO Malaysia bakal membuka kedai mercu pertamanya di Malaysia pada 10 Januari 2026 di IOI City Mall, Putrajaya yang menandakan langkah baharu dalam memperkenalkan konsep runcit berasaskan pengalaman kepada pengguna tempatan. Kedai yang terletak di L2-65 & 66, Level 2 ini menawarkan ruang interaktif untuk pengunjung mencuba peranti OPPO secara langsung termasuk zon pengalaman produk, pencetakan aksesori, paparan IoT dan ruang santai berkonsep kafe.

    Reka bentuk kedai ini diinspirasikan oleh elemen budaya tempatan termasuk penggunaan corak batik pada bahagian hadapan, tekstur rotan pada ruang kafe serta paparan produk IoT yang menyerupai bentuk Menara Berkembar Petronas. Antara kemudahan yang disediakan ialah mesin cetakan 3D untuk barangan eksklusif OPPO, paparan lengan robotik pintar, Photo Check-In Wall (siri Reno15) serta dinding keahlian khas untuk penebusan ganjaran ahli OPPO.

    Bagi meraikan pembukaan rasmi, OPPO akan menganjurkan beberapa aktiviti pada 10 Januari termasuk penampilan Phei Yong atau Abe Yong sebagai “One-Day Store Manager”, minuman kopi percuma untuk pengunjung terpilih serta cabutan bertuah. OPPO turut menawarkan promosi pembukaan dari 10 hingga 11 Januari 2026.

    Antara promosi ditawarkan termasuk kutipan awal siri OPPO Reno15, pembelian terkumpul RM3,999 yang melayakkan pelanggan menerima vakum Lefant dan pembelian peranti Reno15 dengan OPPO Watch S pada harga promosi RM99. Selain itu, jualan kilat turut ditawarkan bagi peranti terpilih seperti OPPO A5 Pro (8/256GB) pada harga serendah RM499 dan OPPO Reno13F 5G (12/512GB) pada harga RM999.

    Beritahu kami di Facebook jika anda bakal hadir ke stor terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...