More

    OPPO Malaysia derma 100 tablet dan banyak lagi produk kepada kanak-kanak yang memerlukan

    Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan, OPPO Malaysia bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia untuk UNESCO (MNCU) dan AEON bagi membantu anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dalam memberi pendidikan digital dan lain-lain keperluan penting.

    Sebagai sebahagian daripada kempen #MakeYourMoment, OPPO mendermakan 100 unit tablet OPPO Pad Neo manakala AEON pula mendermakan pelbagai barang keperluan. Barang-barang ini akan diedarkan kepada kanak-kanak yang memerlukan di seluruh negara.

    OPPO berharap bantuan ini akan memudahkan kanak-kanak ini untuk mendapatkan akses pendidikan, membangunkan kreativiti, meningkatkan tahap celik digital dan mempelajari kemahiran baharu.

    Kempen ini turut disertai oleh selebriti-selebriti tempatan seperti Janna Nick, Dini Schatzmann dan Sharifah Rose dalam memberikan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

    Dini Schatzmann, Janna Nick dan Sharifah Rose memberi barang-barang bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan

    OPPO Malaysia juga menggalakkan orang awam untuk menyertai kempen #MakeYourMoment ini. Sepanjang tempoh 20 Mac hingga 20 April 2025 di kedai-kedai OPPO Stores terpilih seluruh negara, para pelanggan boleh mendermakan pelbagai barang penting ke dalam kotak #MakeYourMoment dan barang-barang tersebut akan dibawa kepada kanak-kanak yang memerlukannya.

    Inisiatif ini selari dengan Sasaran Pembangunan Lestari (SDG) 4 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Pendidikan Berkualiti bagi membantu golongan susah untuk mendapatkan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeluruh.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured