More

    OPPO Malaysia hasilkan filem pendek menggunakan OPPO Find N5 bersempena Thaipusam

    Sebuah filem pendek terbaharu yang mengangkat kisah kepercayaan dan ketabahan seorang individu telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen #OPPOMalaysiaThroughTheLens. Filem ini mengisahkan Anuharan, seorang profesional Malaysia yang bekerja di luar negara, tetapi tetap pulang setiap tahun untuk menyambut Thaipusam.

    Filem ini dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar lipat OPPO Find N5 dan menyoroti perjalanan spiritual Anuharan dalam menghayati nilai kepercayaan serta hubungannya dengan komuniti. Pengalamannya membawa makna lebih mendalam selepas mengalami kehilangan dalam kehidupan peribadi yang akhirnya mengukuhkan keyakinan terhadap agama dan kehidupan.

    Sebagai perayaan yang diraikan oleh jutaan penganut Hindu di seluruh dunia, Thaipusam menjadi simbol ketabahan dan kemenangan dalam menghadapi cabaran. Di Malaysia, ribuan penganut akan membawa Kavadi ke kuil terutamanya di Batu Caves sebagai tanda penghormatan kepada Dewa Murugan.

    Filem ini memberi gambaran mendalam mengenai pengorbanan fizikal, mental dan spiritual yang dilalui oleh mereka yang menyertai ritual ini. Kisah Anuharan mengingatkan kita tentang kekuatan manusia dalam menghadapi cabaran dan bagaimana nilai ketabahan serta kejujuran pada diri sendiri dapat membawa perubahan bermakna dalam kehidupan.

    Filem ini kini boleh ditonton di platform digital dan saluran rasmi OPPO Malaysia di Facebook dan YouTube. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured