More

    OPPO Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM2,700 sempena promosi Tahun Baru Cina

    Dengan sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, OPPO Malaysia akan menganjurkan promosi khas untuk pelbagai perantinya sehingga 16 Februari 2025. Antara produk menarik yang akan dijual pada harga diskaun dalam promosi ini termasuklah telefon lipat OPPO Find N3 yang akan dijual pada harga RM5,299 (harga asal RM7,999).

    Selain itu, Magnetic Power Bank OPPO akan dijual pada harga RM129 sahaja (harga asal RM149).

    Jika anda berminat untuk membeli beberapa peranti sekaligus, anda boleh beli pakej telefon pintar OPPO Find X8 Pro + tablet OPPO Pad 3 Series + fon telinga OPPO Enco 4 series dan anda akan dapatkan potongan RM500 terhadap harga keseluruhan untuk ketiga-tiga produk tersebut.

    Jika anda berminat untuk menukar telefon sedia ada kepada sebuah telefon OPPO, anda boleh tukarkan (trade-in) telefon itu kepada OPPO Reno13 Pro dan anda akan dapatkan rebat segera RM200. Selain itu, pertukaran Reno13 atau Reno13 F akan menerima rebat RM100.

    Lebih-lebih lagi, anda boleh dapatkan diskaun tambahan sebanyak RM68 untuk mana-mana siri OPPO Reno13 jika anda hadir ke kedai fizikal OPPO Store dan menyertai sesi AI Unblur Experience.

    Di samping itu, setiap pembelian telefon bernilai RM1,000 ke atas di kedai fizikal OPPO Store akan dihadiahkan dengan kotak hadiah Ollie’s Blind Box dan sampul wang Red Packet.

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...