More

    OPPO Malaysia tawarkan promosi akhir tahun, diskaun untuk pelbagai telefon & peranti

    Bermula hari ini, OPPO Malaysia akan menganjurkan kempen promosi hujung tahun Make Your Moment with OPPO yang akan berlangsung sehingga 5 Januari 2026. Pelbagai telefon pintar OPPO akan dijual pada harga diskaun atau didatangkan bersama pelbagai hadiah menarik.

    Sebagai contoh, pelanggan yang membeli telefon flagship OPPO Find X9 Pro di kedai-kedai OPPO Brand Stores atau My OPPO Space akan menerima fon telinga wayarles OPPO Enco Air4 Pro (bernilai RM349) serta tawaran pembelian-dengan-pembelian (PWP) untuk perlindungan skrin selama setahun pada harga RM99 (harga asal RM399) dan jaminan lanjutan selama setahun pada harga RM29 (harga asal RM199).

    Pelanggan OPPO Find X9 juga akan menerima manfaat yang serupa, namun dengan harga yang lebih murah untuk tawaran PWP.

    Selain itu, pengguna aplikasi My OPPO App boleh menerima diskaun eksklusif untuk OPPO Reno14 Series apabila anda membelinya di OPPO Brand Store atau My OPPO Space. Anda juga boleh membuat bayaran ansuran sehingga tiga bulan dengan kadar faedah 0% melalui SPayLater.

    Berikut adalah maklumat penuh untuk promosi Reno14 buat pengguna My OPPO App:

    Di samping telefon di atas, OPPO Reno13 Series pula ditawarkan untuk semua pelanggan, dengan diskaun sehingga RM800. Butiran promosi ini adalah seperti di bawah:

    OPPO turut menawarkan diskaun untuk beberapa peranti lain seperti:

    • OPPO Pad SE (4GB+128GB LTE): RM749 (harga asal RM799)
    • OPPO Pad SE (4GB+128GB WiFi Matte Display): RM699 (harga asal: RM749)

    Pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar OPPO di OPPO Brand Stores boleh dapatkan tawaran PWP untuk peranti-peranti berikut:

    "
    "
    • OPPO Enco Air4 Pro: RM299 (harga asal RM349)
    • OPPO Enco Buds3: RM99 (harga asal RM129)

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured