More

    OPPO Pad 2 bakal dilancar, tampilkan cipset Dimensity 9000 dan storan UFS 3.1 512GB

    Sebelum pelancarannya lagi beberapa jam, OPPO telah mengesahkan beberapa butiran OPPO Pad 2 yang akan dilancarkan bersama telefon pintar andalannya OPPO Find X6. Imej promosi tersebut menunjukkan Pad 2 akan dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 9000 dan storan UFS 3.1 512GB mengesahkan ia sebagai tablet andalan.

    Secara dasar, OPPO Pad 2 adalah sama dengan Onelus Pad yang dilancarkan baru-baru ini. Ia menggunakan skrin LCD 11 inci dengan resolusi 2800×2000 piksel dan kadar penyegaran puncak 144Hz. Paparan menggunakan nisbah bidang 7:5, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 88.14%, kecerahan panel memuncak pada 500 nits dan nisbah kontras 1400:1.

    Cipset yang digunakan hadir dengan teras prestasi Cortex-X2 tunggal pada kelajuan 3.05GHz, tiga teras Cortex-A710 pada 2.85GHz dan empat teras kecekapan Cortex-A510 pada 1.8GHz. Untuk grafik pula, cipset ini mempunyai Arm Mali-G710 10 teras.

    OPPO Pad 2 juga memuatkan bateri besar 9,510mAh dan akan mempunyai sokongan untuk pengecasan pantas berwayar 67W yang disebut-sebut akan mengecas dari 0-100% dalam masa 80 minit. Peranti ini juga mempunyai kamera belakang 13MP yang menyokong rakaman video 4K manakala terdapat sensor 8MP di hadapan.

    Di samping itu, khabar angin turut mengatakan ia akan membawa versi Snapdragon 888 tersedia. Seperti biasa, kami hanya menunggu pelancarannya untuk tahu kesemua spesifikasi peranti ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber:  Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured