More

    OPPO Pad 2 dilancar di Malaysia: Tablet 11.61 inci dengan Dimensity 9000, bateri 9,510mAh barharga RM2,599

    Selain melancarkan dua telefon lipat OPPO Find N3 dan OPPO Find N3 Flip, OPPO Malaysia turut melancarkan sebuah tablet kelas andalan (flagship) terbaru iaitu OPPO Pad 2. Tablet ini mempunyai skrin berukuran 11.61 inci dengan resolusi 2800×2000 dan nisbah aspek 7:5 untuk menyediakan ruang paparan yang lebih besar berbanding tablet lain dengan nisbah aspek 16:10.

    Skrin ini mempunyai gamut warna ΔE<2 untuk penghasilan warna yang tepat dan cantik untuk tontonan video dan gambar. Ia boleh menjana 1.07 bilion warna dan mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland yang menjamin pancaran cahaya biru yang rendah supaya ia tidak menyakitkan mata pengguna.

    Perbandingan skrin 7:5 pada OPPO Pad 2, dengan skrin 16:10 pada tablet lain

    Tablet ini juga mempunyai empat pembesar suara Dolby Atmos dengan lohong bunyi (sound cavity) 8.0cc untuk penghasilan audio yang jelas. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 9000 yang menawarkan prestasi terpantas untuk sebuah tablet Android, dengan RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS3.1.

    Baterinya berkapasiti 9,510mAh yang boleh menjana tenaga selama 12.4 jam, manakala pengecasannya pula menyokong kadar pantas 67W SUPERVOOC yang boleh mengecas penuh dalam masa 81 minit sahaja.

    Jika anda menggunakan telefon pintar OPPO, tablet ini boleh dihubungkan dengan mudah dan ia boleh melakukan pelbagai tugas seperti cerminan skrin (screen mirroring), menjawab panggilan telefon, menghantar dan menerima mesej teks, menyunting gambar dan video, serta memindahkan fail di antara dua peranti tersebut.

    Untuk melengkapkan lagi fungsi tablet ini, OPPO turut menawarkan aksesori seperti papan kekunci OPPO Pad 2 Smart Touchpad Keyboard, stilus OPPO Pencil dan sarung OPPO Pad 2 Leather Casing.

    OPPO Pad 2 akan dijual di Malaysia pada harga RM2,599 untuk varian 8GB+256GB. Aksesorinya pula terdiri daripada OPPO Pad 2 Smart Touchpad Keyboard (RM399), OPPO Pencil (RM259) dan OPPO Pad 2 Leather Casing (RM159).

    Jika anda membeli OPPO Pad sebelum 30 November 2023, anda boleh beli aksesorinya dengan harga yang lebih murah iaitu RM299 untuk Smart Touchpad Keyboard dan RM199 untuk OPPO Pencil.

    "
    "

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai tablet ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured