More

    OPPO Pad 3 Matte Display Edition dilancar di Malaysia: Tablet ternipis OPPO setakat ini, berharga RM1,999

    OPPO Malaysia hari ini memperkenalkan tablet pertama untuk tahun 2025 iaitu OPPO Pad 3 Matte Display Edition yang menampilkan rekaan nipis, fungsi-fungsi AI canggih serta skrin yang tidak silau.

    Dengan ketebalan 6.29mm sahaja, menjadikannya OPPO Pad Matte 3 Display Edition sebagai tablet ternipis oleh OPPO setakat ini. Skrinnya pula berukuran 11.6 inci dengan resolusi 2800×2000, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 700 nits.

    Satu ciri menarik mengenai skrinnya ialah lapisan Anti-Reflective Matte Display di atasnya yang menyediakan pengalaman mirip kertas sewaktu menulis dan melukis. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan silauan cahaya matahari sewaktu anda menonton skrin. Bagi menjaga mata pengguna, ia mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Intelligent Eye Care 3.0 Certification dan TÜV Rheinland Reflection Free Certification yang menjamin pancaran cahaya biru rendah.

    Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8350 yang menawarkan prestasi AI lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Antara fungsi AI yang ditawarkan termasuklah AI Intelligent Document, AI Toolbox 2.0, AI Assistant for Notes, Boundless View, AI HyperBoost, AI Photo Remaster dan banyak lagi.

    Selain itu, ini adalah tablet pertama yang menerima antara muka ColorOS 15 dan menawarkan animasi lancar dan pengalaman pengguna yang cekap.

    Baterinya pula berkapasiti 9,520mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 67W SUPERVOOC. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO Pad 3:

    • Skrin LCD 11.6 inci, resolusi 2800×2000, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 700 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 8350
    • RAM LPDDR5X 8GB
    • Storan dalaman UFS4.0 256GB
    • Kamera belakang 8MP
    • Kamera hadapan 8MP
    • Bateri 9,520mAh
    • Pengecasan pantas 67W SUPERVOOC
    • Menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4
    • Sistem operasi Android 15 dengan ColorOS 15.0
    • Harga: RM1,999

    Jika anda membeli tablet ini sebelum 28 Februari 2025, anda akan menerima papan kekunci OPPO Pad 3 Smart Keyboard (bernilai RM499) secara percuma. Selain itu, anda boleh beli stilus OPPO Pencil 2 pada harga istimewa RM199 (harga asal RM399).

    Peranti ini boleh dibeli dari kedai-kedai OPPO Brand Stores, My OPPO Space dan pengedar sah, serta platform e-dagang Lazada, Shopee, TikTok Shop dan OPPO E-store. Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured