More

    OPPO Pad 3 Pro turut rasmi di Malaysia dengan SD 8 Gen 3, skrin 3K 12.1″ dan AI berharga RM3,299

    Selain siri OPPO Find X8, OPPO turut melancarkan tablet terbaharunya, OPPO Pad 3 Pro. Model ini dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3, paparan 3K 12.1 inci, lapan pembesar suara stereo dan menyokong ciri AI. Ciri-ciri ini menfokuskan prestasi dan memenuhi keperluan pengguna dalam produktiviti, penciptaan dan hiburan.

    OPPO Pad 3 Pro hadir dengan ketebalan hanya 6.49 mm dan berat 586 gram. Untuk paparan, ia menggunakan ReadFit 3K 12.1 inci dengan resolusi 303 PPI dan menyokong kadar penyegaran adaptif 144Hz. Ia turut dilengkapi dengan teknologi Dolby Vision serta lapan pembesar suara stereo yang digabungkan dengan teknologi Holo Audio dan OReality Audio.

    OPPO Pad 3 Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 digabungkan bersama RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. Baterinya berkapasiti 9,510 mAh menyokong pengecasan pantas 67W SUPERVOOCTM dan boleh bertahan sehingga 40 hari dalam mod sedia.

    Alat AI seperti AI Eraser 2.0, AI Speak, AI Summary dan AI Writer bersama-sama fungsi Auto Connect serta Boundless View turut ditampilkan pada tablet ini. Aksesori yang hadir bagi melengkapkan tablet ini ialah OPPO Pencil 2 Pro dan Papan Kekunci Pintar. Pencil 2 Pro menyokong 16,000 manakala papan kekunci pintar menyokong fungsi NFC.

    Pelanggan yang membeli OPPO Pad 3 Pro berharga RM3,299 akan menerima papan kekunci pintar dan Pencil 2 Pro2. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Pad 3 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured