Selain siri Reno15, OPPO Malaysia hari ini melancarkan tablet terbaharu iaitu OPPO Pad 5 yang disasarkan kepada pelajar, profesional dan pengguna kasual. Pad 5 dilengkapi skrin 12.1 inci 2.8K dengan nisbah aspek 7:5, kawalan cahaya biru rendah pada peringkat perkakasan dan paparan tanpa berkelip serta memperoleh sijil TÜV Rheinland Intelligent Eye Care 4.0.
OPPO Pad 5 juga menyokong Dolby Vision dan mod Pastel yang melembutkan warna skrin. Ia dikuasakan bateri 10,050mAh dengan kemampuan main video berterusan lebih 15 jam, audio hingga 53 jam dan masa sedia sehingga 60 hari. OPPO Pad 5 turut menerima sijil TÜV SÜD 48 untuk prestasi lancar selama empat tahun di bawah penggunaan biasa.

OPPO Pad 5 menyokong OPPO Pencil 2R dan beberapa ciri AI termasuk Faster Notes, Circle to Note, Real-Time Handwriting Polish, AI Recording Summary, AI Writer, AI Formatting, auto-generated mind maps dan auto-generated tables. Fungsi AI Search membolehkan carian pintar dalam nota bertulis tangan dan ditaip.
Tablet ini juga menawarkan sambungan silang-ekosistem yang membolehkan pemindahan fail pantas antara OPPO Pad 5 dan peranti iOS seperti iPhone atau iPad serta menyokong pemindahan dari kamera Insta360 untuk penyuntingan video secara terus. OPPO Pad 5 dijual dalam pilihan Aurora Pink dan Starlight Black pada harga RM1,699 untuk versi Wi-Fi dan RM2,199 bagi versi 5G.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






