More

    OPPO Pad Air dan Enco Air3 tawarkan pilihan warna ungu

    Pada Julai lepas, OPPO telah melancarkan tablet pertamanya dalam pasaran tempatan iaitu OPPO Pad Air. Ia hadir dalam warna Fog Grey dan berharga RM1,099 untuk model 4/64GB dan RM1,299 untuk varian 4/128GB.

    Seterusnya, OPPO Enco Air3 pada harga RM249 yang mula dijual pada Februari lalu. Kini, kedua-dua peranti itu telah mengeluarkan satu lagi warna baharu iaitu warna ungu.

    OPPO Pad Air dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 680 yang dipasangkan dengan RAM 4GB. Terdapat juga bateri 7100mAh yang didakwa OPPO boleh bertahan sepanjang hari termasuk 12 jam menonton video dan sehingga 15 jam persidangan video.

    Kemudian, OPPO Enco Air3 pula merupakan set fon telinga dengan pod pengecas lut cahaya. Ia mempunyai pemacu audio 13.4mm yang menyokong algoritma OPPO Audio Live bagi kesan bunyi yang lebih jelas. Kapasiti bateri 300mAh mampu bertahan sehingga 25 jam, selain turut melepasi penarafan kalis air IP54.

    Anda boleh mula dapatkan peranti ini di kedai sah OPPO pada harga yang sama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...